Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri-Iftar & Sahur Lebih Bijak; Panduan Untuk Ramadan Lebih Bertenaga.

25 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Februari 2026, bermula pukul 11.30 pagi, tiga orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri yang bertajuk Iftar & Sahur Lebih Bijak; Panduan Untuk Ramadan yang Lebih Bertenaga.

Webinar ini memberi fokus kepada panduan memilih makanan yang seimbang ketika berbuka puasa dan bersahur agar tubuh kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. Peserta akan didedahkan dengan tips praktikal seperti kawalan saiz hidangan, kepentingan hidrasi, pilihan karbohidrat kompleks, sumber protein berkualiti serta pengurangan makanan tinggi gula dan lemak tepu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali